• 28 Okt 2020 | 11 Rabiul Awal 1442

Fiqh Siasah Khalifah Abu Bakar RA, Tawar Harga 40 Peratus

MARANG, 18 Oktober - Karya terbaru Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berjudul Fiqh Siasah Khalifah Abu Bakar RA yang berharga RM40 akan diberi potongan harga sehingga 40 peratus sempena ulang tahun kelahiran Tuan Guru yang jatuh pada 20 Oktober 2020 (Selasa).. 

Buku terbaru dan bermuka surat 400 helaian itu adalah kesinambungan daripada  buku Fiqh Harakah Siri 1 hingga 3 Sirah Rasulullah SAW. 

Siri kali ini mengisahkan perjalanan selepas kewafatan Rasulullah SAW dan perkembangan Islam semasa pemerintahan khalifah yang pertama. 

Menariknya, gaya penulisan buku ini adalah dalam bentuk penceritaan yang pastinya ramai tidak sabar untuk menelusuri setiap baris ayat yang dikarang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini. 

Pada peminat karya Tuan Guru yang tidak mahu terlepas info bolehlah daftar diri dalam pautan ‘Waiting List’. 

Banyak lagi tawaran menarik dari pihak penerbit yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 

Orang ramai dijemput daftar sekarang dan dapatkan info pantas: https://bukutghh.onpay.my/prospect/form/fiqhsiyasah


Tag: