• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Fitnah Rasuah : ADUN Kemasik Buat Laporan Polis

 

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu berhubung fitnah yang tular di media sosial terhadap dirinya. 

Ir Saiful menegaskan bahawa dirinya tidak pernah terlibat dengan permintaan sejumlah RM500, 000 dari seorang kontraktor.

"Saya tidak pernah secara peribadi atau melalui mana-mana wakil saya, meminta sebarang imbuhan sepertimana didakwa.

"Saya dengan ini memohon pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan ke atas fitnah ini dan seterusnya mengambil apa-apa tindakan yang perlu mengikut semua peruntukan undang-undang yang ada," ujarnya selepas membuat laporan tersebut.

 

Tegasnya, beliau langsung tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan menafikan terlibat dengan dakwaan tersebut.

"Setakat ini ia sangat memberi kesan kepada saya termasuk keluarga dan juga masyarakat yang berkaitan rapat dengan saya terutama sekali ia adalah satu fitnah," katanya.


Tag: