• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

'Flyover' Akan Dibina di Jerteh

BESUT, 17 Mei - Sebuah Jejambat (flyover) baru akan dibina di Jerteh bagi menggantikan Jambatan Sungai Besut di bandar Jerteh yang sudah tidak dapat menampung pengguna jalan raya terutamanya di musim perayaan dan cuti persekolahan.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara tersebut melalui rakyat yang sudah tidak tahan berhadapan kesesakan lalu lintas.

Katanya ia bukan hanya sekadar janji, namun merupakan komitmen kerajaan negeri untuk terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek berkenaan dapat direalisasikan.u.

"Satu perkara saya hendak sebut yang disuarakan di media sosial terutama apabila tibanya musim perayaan sebagaiman baru-baru ini telah disebut keana Jerteh tidak ada jambatan satu lagi kerana berlaku 'jem'.

"Memang kita faham apabila sampai musim perayan sama juga cuti sekolah akan berlaku perkara demikian, saya hendak sebutkan di sini bahawa kerajaan negeri telah memasukkan pembinaan 'flyover' bagi menggantikan jambatan sedia ada ini ke dalam senarai keutamaan kerajaan negeri yang telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Himpunan Teguh Pertahan Kawasan Besut, di Dataran Jerteh, baru-baru ini.

Mengulas lanjut katanya, projek pembinaan infrastruktur itu menjadi keutamaan dalam senarai projek-projek untuk dibangnkan di negeri ini.

"Kita akan terus mengadakan perjumpaan, terus bincang dan mesyuarat di Putrajaya bagi memastikan projek membina jejambat itu dapat dilaksanakan sepertimana yang kita buat (perjuangkan) untuk mendapatkan Jambatan marang (sedang dibina)," ujarnya.

Sementara itu belau yang juga merupakan Naib Presiden PAS menjelaskan program Himpunan Teguh Pertahan yang diadakan menjadi satu isyarat yang membawa makna ingin mempertahankan kerajaan yang sedia ada di negeri ini.

"Kerana agenda kita untuk dilaksanakan di negeri Terengganu ini masih banyak, selama ini telah terbukti selama kita diamanahkan untuk mentadbir negeri Terengganu selama lima tahun telah dapat melaksanakan amanah denan baik serta telah mengotakan setiap janji dengan sepenuhnya sebagaimana yang dijanjikan,"ujarnya lagi.


Tag: