• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

‘Fun Ride Against Drugs’ Semai Semangat Gaya Hidup Sihat - Dr Mohd Khairuddin



Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 27 Februari - Penganjuran program ‘Fun Ride Against Drugs’ mampu menyemai semangat gaya hidup sihat di kalangan masyarakat dengan melakukan aktiviti yang berfaedah tanpa dadah.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program seumpama ini harus diteruskan dari semasa ke semasa demi menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan dan bersukan.

“Program Fun Ride Against Drugs yang dianjurkan boleh menerapkan semangat gaya hidup yang sihat dikalangan rakyat Kuala Nerus dengan melakukan aktiviti berfaedah tanpa dadah.

“Program seumpama ini harus diteruskan untuk menggalakkan masyarakat bersukan dan menjaga kesihatan,” ujar beliau sewaktu dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.

'Fun Ride Against Drugs' sempena Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 merupakan program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu di Rumah Anak Yatim Darul Hilmi, Seberang Takir.

Mohd Fazil Wahab

Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan Bacaan Perutusan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 yang disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab, mewakili Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Peserta-peserta seramai lebih 60 orang  berbasikal sejauh 15 kilometer (km) bermula Darul Hilmi hingga Masjid Ladang, Kuala Terengganu.

Antara objektif utama program ini ialah mewujudkan amalan gaya hidup sihat tanpa dadah dengan aktiviti sihat dan berfaedah.



Tag: