• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Ganjaran Pahala Syahid - Dr Khairuddin

Credit foto : Google Images
Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS - Orang yang mati lemas akan diberi pahala syahid terutama menyelamatkan mangsa lemas, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tragedi enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba yang mati lemas ketika sedang menyelamatkan mangsa lemas yang dilaporkan hilang di Tasik Putra Perdana, Puchong, Selangor malam tadi.

Mangsa mati lemas selepas terbelit tali yang dipakai antara satu sama lain ekoran arus deras ketika operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa. Mereka yang terkorban ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Adnan Othman, 33, Mazlan Omarbaki, 24, Izatul Akma Wan Ibrahim, 31 , Yahya Ali, 25, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Ujar Dr Khairuddin lagi, semoga pahala jasa mereka berpanjangan di alam akhirat.

Beliau juga berharap agar ahli keluarga mangsa diberikan bantuan dan perlindungan berterusan oleh kerajaan sebagai membalas jasa dan perkhidmatan yang dicurahkan sehingga mengorbankan nyawa sendiri.

"Semoga semua ahli keluarga dan juga rakan sepasukan mangsa dikurniakan kesabaran dan reda dengan ketentuan Allah SWT ini,"katanya lagi.

Tag: