• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

GASTEP Juarai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Besut


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 13 Januari - Pasukan sepak takraw GASTEP telah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Besut yang diadakan di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Teluk Bayu.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam itu disertai oleh 58 pasukan daripada negeri ini dan Kelantan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, kejohanan seperti ini diharap dapat diteruskan bagi mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan remaja negeri ini khususnya di daerah Besut.

"Insya-Allah bagi pihak Penyelaras DUN Kuala Besut, kami akan berbincang bagi mengadakan lagi kejohanan sepak takraw di DUN Kuala Besut", ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Turut hadir, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Hafiz Yusof.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa gembira kerana kejohanan tersebut berlangsung dengan jayanya.



Tag: