• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Gelanggang Ping Pong Pekan Kedai Buloh Mula Beroperasi

MARANG, 21 Januari - Hasrat golongan belia Pekan Kedai Buloh, Kampung Tanjung dan kawasan  sekitarnya untuk memiliki gelanggang ping pong sejak sekian lama kini menjadi kenyataan apabila gelanggang itu dapat digunakan sepenuhnya awal bulan ini.

Pengerusi Kelab Ping Pong Bukit Payong, Mohd Nor Abdullah berkata, pihaknya bersetuju mengubahsuai tapak badminton kepada gelanggang badminton membabitkan peruntukan RM19,000 bagi memenuhi permintaan golongon belia yang mahu mempamerkan aksi masing-masing dalam sukan itu.

Katanya, oleh itu, dia  menwakili penduduk setempat mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada  Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang  di atas pemberian peruntukan itu.

"Perasaan gembira yang tidak terkata dengan pemberian gelanggang ini. Mungkin selepas ini gelanggang ini akan menjadi sempadan untuk semua penggemar sukan ping pong dapat mengembangkan lagi bakat yang ada,"katanya.

Beliau berkata demikian  selepas Majlis Perasmian Gelanggang Ping Pong, di Pekan Kedai Buloh, di sini malam tadi.

Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Jusoh itu turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Tanjung Kedai Buloh, Mazlan Ibrahim dan para tetamu semua.


Tag: