• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Gembira Dapat Beraya Di Kampung

DUNGUN, 6 Mei - Perayaan Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah setelah dua tahun ianya disambut didalam suasana pandemik Covid 19.

Perantau, Wan Rafidah Wan Ali, 46, bersyukur kerana dapat merayakannya di kampung halaman bersama sanak saudara dan keluarga yang tersayang.

"Alhamdulillah, tahun ini kami sekeluarga dapat berkumpul dan menyambut hari raya ini bersama adik beradik dikampung setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian akibat wabak Covid 19.

"Walaupun sedikit mengejut dengan tarikh pengumuman hari raya pada kali ini tapi ianya tidak menjadi masalah dengan persiapan awal yang telah kami buat," katanya.

Wan Rafidah bersama keluarganya.

Wan Rafidah yang juga seorang penjawat awam ditemui pemberita dirumah peninggalan orang tuanya di Felda Jerangau baru-baru ini.

Beliau yang sekarang menetap di Shah Alam mengharapkan orang ramai agar terus mematuhi sebarang arahan daripada kerajaan berkenaan dengan Covid 19.

"Meskipun kita telah beralih kepada fasa pemulihan Covid 19 (endemik), namun arahan dan ketetapan kerajaan perlu kita patuhi demi kepentingan bersama," ucap beliau.


Tag: