• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Genap Lima Tahun Tadbir Terengganu, MB Lakukan Terbaik

KUALA TERENGGANU, 11 Mei – Genap 5 tahun memegang tampuk pemerintahan negeri, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selama tempoh tersebut, kerajaan negeri telah berusaha sedaya upaya dan berganding bahu untuk membangunkan negeri ini ke arah yang lebih baik.

“Selama lima tahun ini juga, tentulah ada salah silap, terkasar bahasa di sana sini dan saya percaya semuanya itu tidak disengajakan.

“Di samping, telah ramai kakitangan yang telah bersara dalam perkhidmatan iaitu 5 hingga 10 peratus sepanjang kami memerintah," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KWDI 2023 bertempat di Tingkat U2 Wisma Darul Iman di sini semalam.

Tambah Dr samsuri, kirimkan salam dan sampaikan ucapan selamat hari raya kepada mereka semua.

“Walaupun mereka tidak bersama dengan kita tetapi semua telah menjalankan amanah, berganding bahu bersama sama dalam membantu membangunkan negeri ini," ujarnya.

Untuk rekod, Kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) telah memerintah Terengganu selama lima tahun bermula 10 Mei 2018 sehingga hari ini.

 

 


Tag: