• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Geran TUBE Untuk Terengganu RM3 Juta Tahun Depan


Geran Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk Terengganu akan ditambah kepada RM3 juta pada tahun hadapan, berbanding RM750,000 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, kira-kira 100 peserta TUBE di seluruh Terengganu pada tahun ini akan meningkat kepada 200 peserta tahun hadapan yang bergelar usahawan muda.

Nawi berkata, kerajaan negeri menyambut baik keputusan ini dan mengharapkan lebih ramai belia Terengganu merebut peluang itu bagi merealisasikan minat mereka dalam bidang perniagaan dan membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan.

"Kita juga akan bantu usahawan muda yang mengusahakan pelbagai produk ini untuk menyertai karnival dalam dan luar negeri bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

"Kita tidak mahu hanya sekadar menjadi pengguna produk tetapi perlu menjadi pengeluar lebih banyak produk untuk kegunaan orang-ramai ," katanya di Majlis Penutup Program TUBE Mega 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Kem PLKN Merang Setiu, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Bahagian Kewangan dan Akaun SME Corporation Malaysia, Farid Awang dan Pengarah SME Corporation Terengganu, Muhammad Ibrahim.

Nawi berkata, program TUBE yang dianjurkan kali keempat itu mendapat reaksi positif daripada semua pihak termasuk anak muda Terengganu.

Beliau berkata, TUBE membantu belia yang mempunyai kemahiran tertentu untuk menjalankan perniagaan berasaskan pembuatan dan perkhidmatan

"Perkara ini dilihat penting kerana peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta secara umumnya semakin berkurangan berbanding jumlah graduan," katanya.

Program TUBE yang memasuki kali keempat pelaksanaan dan peruntukan RM20 juta untuk menjayakan TUBE 4.0 di seluruh negara menerusi SME Corp.



Tag: