• 24 Okt 2020 | 7 Rabiul Awal 1442

Giatkan Program Sasar Besut Sifar Dadah

 

BESUT, 26 September - Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor meletakkan sasaran untuk menjadi kawasan sifar dadah hasil selepas melakukan pelbagai usaha untuk memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah secara berterusan.

Ia termasuk mengadakan aktivitii berbasikal Besut Cinta Malaysia yang melibatkan kira-kira 200 Belia Besut.

"Tahniah kepada semua peserta terutama Belia Besut berjaya menganjurkan program seperti ini.

"Saya berharap lebih ramai lagi menyertai program-program budaya sihat seumpama ini sekali gus slogan 'Besut Sifar Dadah' yang dirasmikan bulan Oktober lepas tercapai," ujarnya semasa program berkenaan di baru-baru ini.

Beliau yang kini aktif bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut turut bergerak ke pelbagai tempat termasuk forum di masjid dan surau bagi memberi penerangan bahaya dadah.

"Insya-Allah selepas ini kita akan santai bersama komuniti di kedai kopi, makan pagi sambil bercerita bahayanya dadah kepada diri dan masyarakat," tambah beliau.


Tag: