• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Giliran Mangsa Banjir di Bukit Tunggal Terima RM1,000

KUALA NERUS, 6 Jun - Seramai 74 Ketua Isi Rumah (KIR) di DUN Bukit Tunggal yang terjejas akibat banjir menerima bantuan banjir bernilai RM1,000 di Kampung Serdang Baru, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata mangsa yang menerima dana itu mengalami kerosakan rumah dan harta benda.

Katanya, walaupun tidak sepenuhnya berupaya untuk menampung kerugian sebenar akibat bencana, tetapi itu diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban yang terpaksa ditanggung.

“Saya melihat bencana bukan sahaja daripada aspek kerosakan yang dibawa tetapi juga daripada sudut positif di mana ianya adalah peluang untuk sama-sama kita belajar.

"Kita nak mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jiwa. Jadi patuhi arahan pihak berkuasa jika perlu berpindah," kata beliau yang juga ADUN Bukit Tunggal.


Tag: