• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Giliran Warga Kuala Terengganu Berbuka Bersama Dr Sam

KUALA TERENGGANU, 12 April – Prihatin Ramadan Bersama MB menjelajah ke setiap daerah bagi aktiviti berbuka puasa bersama rakyat semalam diteruskan di Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir ke Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar ditemani isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.

Seramai kira-kira 700 penduduk sekitar tanpa mengira umur dan bangsa tidak melepaskan peluang menyertai majlis tersebut.

Dalam masa yang sama, Ahmad Samsuri turut menyampaikan sumbangan buat fakir dan asnaf terpilih selain masjid tersebut sebagai tuan rumah.

Pengerusi Masjid Sultan Muhammad, Tuan Ahmad Tuan Besar merakamkan penghargaan buat pihak kerajaan negeri melaksanakan majlis berbuka di sana.

“Terima kasih buat pihak kerajaan negeri atas sumbangan yang diberikan, insha-Allah akan digunakan bagi program imarah masjid,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Rozali Salleh dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman, Mohd Soud Said.

 


Tag: