• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

GLC Tengganu Terima Anugerah Peringkat Nasional

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Anak syarikat kerajaan negeri, Epic Berhad menerima anugerah Company of the Year (Oil & Gas Integrated Services) CSR Leadership Award for Outstanding Community Support sempena Sustainability & CSR Malaysia Awards 2023 di sini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad, Ir Mukhtar Suhaili berkata EPIC Berhad merupakan salah satu daripada 55 syarikat yang terpilih menerima anugerah itu.

Katanya, ia berkaitan inisiatif kemampanan, kelestarian dan CSR.

“Ini termasuk pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh syarikat sepanjang 2022.

"Majlis tersebut diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur di sini," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Rasmi miliknya baru-baru ini.

Tambah Mukhtar, anugerah telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua pasukan Kumpulan EPIC yang menjayakan usaha ini.

“Doakan semoga saya dan pasukan terus mampu menggalas tugasan ini dengan cemerlang.

“Semoga tanggungjawab dapat ditunaikan dengan sebaiknya dalam mencari bekal khidmat untuk dibawa sampai ke Akhirat,” ujarnya.

 


Tag: