• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Golongan Asnaf Mendapat Perhatian Ahli Parlimen Marang

Oleh : Abay Cik / Mohd Fauzi Mat Adam

MARANG, 14 Januari - Bagi meringankan beban sara hidup yang dialami oleh golongan asnaf di negeri ini ,Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberikan perhatian yang berterusan termasuk mengagihkan 600 kampit beras 10 kilogram (KG) kepada 60 penduduk di daerah ini.

Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Marang, Harun Yusof berkata, ia bagi meringankan bebanan yang dialami golongan terbabit.

"Agihan bekalan beras ini dilaksanakan secara berkelompok mengikut Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)  iaitu setiap JPKK 10 ketua keluarga terpilih.

"Kita sentiasa ambil berat terhadap golongan yang hidup dalam kesusahan dan ini tanda prihatin Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," ujarnya ketika ditemui pemberita, di sini, baru-baru ini.

Ujarnya, melalui Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Marang itu juga turut memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk turut tampil menghulurkan sumbangan dalam memastikan bekalan makanan ruji itu tidak terputus.

Dalam pada itu, Harun mengharapkan agar sumbangan berkenaan sedikit sebanyak akan dapat meringkan bebanan asnaf dalam menjalani kehidupan seharian.


Tag: