• 01 Mei 2024 | 22 Syawal 1445

Gotong-Royong Komuniti, Pasukan Beruniform Erat Silaturahim


Oleh : Khairuddin Yusoff

HULU TERENGGANU - Kerjasama masyarakat bersama anggota tentera merupakan satu usaha terbaik bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan menggerakkan kegiatan komuniti dengan pasukan beruniform di negara ini.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ahmad Furqan Ismail berkata, sikap murni masyarakat dalam menjayakan kerja amal jariah sangat baik dan perlu sentiasa ditingkatkan supaya memupuk perpaduan dan kasih-sayang di kalangan komuniti setempat.

"Alhamdulillah kita tengok hubungan masyarakat dengan anggota tentera sukarela sangat rapat seperti keluarga, semangat sebegini harus dipupuk dalam jiwa setiap orang," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita di Majlis Jiwa Murni Felcra In - Situ Hulu Berang bersama anggota Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin Kuala Terengganu bertempat di perkarangan Masjid Kampung Betong, di sini,16 Oktober.

Majlis dilaksanakan dengan kerjasama Pengurusan Felcra, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Betong, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Keselamatan Negeri Terengganu disertai seramai 176 pegawai dan anggota rejimen.


Sementara itu Ketua Cawangan Latih Rejimen 512 Wataniah Kem Padang Midin, Mejar Mohd Khairi Abu Bakar berkata, tujuan program ini adalah untuk mendekati masyarakat serta mengajak bersama- sama untuk menjadi anggota sukarela.


" Harapan kita mahukan program sebegini supaya rapat dengan  masyarakat dalam masa yang sama  dapat mempromosikan bahawa kita ini wujud serta boleh berinteraksi untuk mengeratkan hubungan dengan mereka," ujarnya lagi.

"Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan seperti mengecat masjid, menyapu sampah, mencuci longkang dan menebas pokok liar di persekitaran Masjid Kampung Betong,"katanya.




Tag: