• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Graduan Politeknik Dungun Terima Biasiswa Universiti UK

DUNGUN, 25 September - Tiga graduan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) terpilih sebagai penerima anugerah Biasiswa Kecemerlangan Akademik (Academic Excellence Scholarship) daripada University of Plymouth, United Kingdom.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, ketiga - tiga mereka iaitu Muhammad Sanif As Sani Mohammad, Ng Man Yew danbFatinie Nabilla Zaidi merupakan lepasan Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi akan menerima setiap seorang RM93,500.

"Ng dan Fatinie akan melanjutkan pelajaran dalam bidang BSc (Hons) Computer Sciences (Software Engineering) manakala Sanif dalam bidang BSc (Hons) Computer Sciences (Cyber Security) di Peninsula College Malaysia (The Ship Campus) di  Batu Kawan, Penang," ujarnya. 

Berkongsi rahsia kejayaan,  Ng Man Yew, 21 berkata, beliau kebiasaannya akan membuat ulangkaji pada jam 1 pagi memandangkan waktu itu tiada gangguan. 


" Saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang ahli forensik, namun atas faktor kewangan dan pilihan yang terhad, saya memilih untuk menjadi seorang 'programmer'," ujarnya. 

Manakala Sahif dan Fatinie Nabilah Zaidi yang berkongsi kejayaan memberitahu, mereka sering merujuk kepada pensyarah di jabatan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam pembelajaran. 

"Hubungan baik yang terjalin bersama pensyarah-pensyarah di jabatan banyak membantu dalam mencapai kejayaan pada hari ini. 

"Selari dengan bidang pembelajaran yang dipilih, kami bercita-cita untuk menjadi pakar IT yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah," jelas mereka yang bersyukur dengan kejayaan tersebut.

 


Tag: