lightning-solid
Berita :
Guna Alasan Sakit, Lelaki Didenda Tidak Solat Jumaat
Guna Alasan Sakit, Lelaki Didenda Tidak Solat Jumaat
Adli Mohamad
6 jam yang lepas
100

SETIU, 24 Disember - Alasan sakit yang dikemukakan oleh seorang daripada tiga lelaki bagi tidak menunaikan solat Jumaat akhirnya mengundang padah apabila dia ditahan Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), selepas gagal mengemukakan surat pengesahan doktor dan didapati berada dalam keadaan sihat. 

Ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan di kediaman masing-masing di daerah Setiu atas kesalahan Tidak Menunaikan Solat Jumaat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Kes berkenaan dibicarakan semalam di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu, dan Hakim Fikrullah Mohd menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,300 ke atas dua orang tertuduh, manakala seorang lagi dikenakan denda RM2,000.

Dalam penghakimannya, Hakim Syarie menegaskan bahawa kewajipan solat Jumaat yang ditetapkan sekali seminggu tidak seharusnya dipandang ringan atau ditinggalkan tanpa keuzuran syarie yang sah.

“Persoalan yang perlu kita renungkan, adakah berbaloi meninggalkan solat Jumaat hanya kerana mahu berehat, berbanding dosa serta kemurkaan Allah yang ditanggung?,” tegas beliau.

Tindakan penguatkuasaan dan penghakiman ini, menurutnya, bukan semata-mata bertujuan menghukum, sebaliknya sebagai peringatan dan pengajaran kepada masyarakat Islam agar tidak memandang enteng kewajipan asas agama.


Tag :

Artikel Berkaitan