• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Guna RM2.5 Juta Bela Nasib Rakyat

DUNGUN, 30 Oktober - Penyandang kerusi Parlimen Dungun memanfaakan peruntukan yang diterima bagi membela nasib rakyat termasuk membaik pulih rumah rakyat kurang bernasib baik di daerahnya.

Wan Hassan Mohd Ramli berkata, projek tersebut merupakan salah satu program kebajikan yang berjumlah keseluruhan, RM2.5 juta.

“Ketika negara sedang menghadapi cabaran keadaan ekonomi yang tidak menentu, rakyat di bawah lebih terasa, banyak aduan diterima termasuk permohonan membaiki rumah yang rosak dan uzur.

“Bagi memastikan rakyat dapat berteduh dan meneruskan kehidupan seperti biasa, sebahagian peruntukan sebagai Ahli Parlimen telah saya salurkan bagi tujuan itu,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, antara projek baik pulih yang sudah berjalan ialah melibatkan beberapa buah rumah di kawasan Serdang, Alor Mak bah, Taman Rakyat Jaya, Kampung Tembesu Akar dan Kampung Che Lijah.

“Secara keseluruhanya projek ini membabitkan kos bernilai RM97,450,” jelasnya.

Kata beliau, pihaknya memberi bantuan peralatan, tapak peniagaan dan barangan perusahaan makanan, ternakan serta pertanian.

“Ia bagi menjamin kelangsungan perniagaan rakyat, usahawan dan petani serta semua masyarakat,” tegasnya.


Tag: