• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Guru Berperanan Laksanakan Syariat




Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 17 Ogos - Menjadi cabaran kepada guru masakini kerana setiap tindakan mereka sentiasa menjadi perhatian umum.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Alias Harun berharap guru  masa kini perlu menjadi pembimbing kepada pelajar untuk mematuhi  syariat yang menjadi peraturan hidup orang Islam.

Katanya, sewajarnya undang-undang di setiap sekolah perlu mengasingkan kelas antara  pelajar lelaki dan perempuan bertujuan   mematuhi syariat islam, selain mengelak pengaulan bebas.

" Begitu juga bila mengajar subjek Pendidikan Jasmani, pastikan pelajar - pelajar menutup aurat untuk melakukan aktiviti sukan yang patuh syariah.

"Sebagai contoh, juara 100 meter  Sukan Malaysia(SUKMA) wanita adalah seorang pelari yang menutup aurat," jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Pertemuan Bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu(PERMATA) Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) di Gong Pasir di sini baru-baru ini.

 Kehadiran mahasiswa-mahasiswi seramai 16 orang yang mewakili ahli PERMATA universiti awam berkenaan yang merupakan anak pangkat kepada ADUN tersebut turut disambut oleh kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(iMiTS) DUN Rantau Abang.

Alias turut mengingatkan rotan mengikut syariat Islam tidak mencederakan tetapi untuk mendidik.

"Menurut Islam, hendak rotan, dengan tangan yang pegang rotan hendaklah mengepit buku di celah ketiak bermakna tidak menyakitkan," tambahnya lagi.


Tag: