• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Hadiah Buat Peniaga Di Bazar Ramadan

KEMAMAN, 21 April - Jarang peniaga-peniaga di bazar ramadan diraikan namun, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Kemasik mengambil satu inisiatif untuk meraikan mereka dengan memberi apron berserta sapu tangan untuk kegunaan berniaga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili bersama kakitangan PKM ADUN Kemasik siap menghulurkan hadiah tersebut buat peniaga seramai 120 orang di bazar Ramadan Kampung Baru Kertih dan sekitarnya.

Tumpuan sudah semestinya di sini, kerana ia adalah bazar ramadan yang terbesar dalam DUN Kemasik. Jabatan-jabatan kerajaan juga membantu kami bagi memudahkan program ini berjalan dengan lancar. 

Program ini turut dihadiri Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Kemaman, Jusman Ibrahim bersama pegawai-pegawainya. Dalam pada itu, mereka juga mengedarkan risalah pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dan membuat pemantauan.

Tidak ketinggalan dalam program ini, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman (Unit Inspektorat dan Perundangan) juga hadir bagi menjalankan audit pematuhan SOP COVID-19 serta menyampaikan maklumat dan panduan untuk terus mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

“Kepada seluruh pengunjung yang mengunjungi bazar ramadan, tak kiralah di sini atau di mana sekali pun. Kerjasama anda amatlah diperlukan bagi keselamatan serta kebaikan kita bersama.

“Setakat ini untuk ranking pematuhan telah melebihi 80% (A), diharapkan semua terus patuhi setiap SOP yang telah ditetapkan," Ir Saiful.


Tag: