• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Hadiah Buat Rakyat Terengganu, Malaysia

KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Pemenang pingat emas dan gangsa pada Sukan Sea 2021, Hanoi, Vietnam berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dari awal hingga akhir pertandingan. 

Ahmad Syazrin Awang Ilah,25 berasa amat gembira atas kejayaan mendapat emas dalam sukan berbasikal pada kejohanan  sukan sea yang kali pertama disertainya.

“Rahsia kejayaan saya melalui latihan yang cukup padat yang diberikan oleh jurulatih dan ia amat membantu dalam pertandingan," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas Majlis Penyerahan Skim Insentif Hadiah Kemenangan (SHAKE) Sukan Sea 2021 Vietnam di Wisma Darul Iman hari ini.

Sementara itu, Siti Nur Azwani Nor Azli 23, turut melahirkan rasa gembira setelah memenangi pingat gangsa dalam sukan karate.

“Ini merupakan kejayaan pertama saya mendapat pingat setelah kali kedua menyertai sukan sea.

“Kunci kejayaan saya adalah dengan memanfaatkan dan melebihkan masa latihan berbanding biasa serta tidak melupakan pelajaran supaya saya dapat keduanya.

“Di samping itu, restu dan sokongan ibu bapa saya yang sentiasa mengiringi dalam sukan ini,” katanya.


Tag: