• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Hampir 3,000 Penduduk Terengganu Terima Bantuan Tabung Darul Iman


Dr Ahmad Samsuri  (Tengah) bersama  A.Rahman  (Kanan) dan YB. Hanafiah  (Kiri) ketika menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Makan Malam Amal tabung Darul Iman di Wisma Darul Iman.


KUALA TERENGGANUI- Kerajaan negeri merekodkan sebanyak RM3.8juta dibelanjakan melalui Tabung Darul Iman bagi membantu penduduk  Terengganu yang menghidap penyakit kronik dan ditimpa musibah bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata berdasarkan jumlah itu, kira-kira RM1.3 disalurkan kepada pemohon yang layak menerima bantuan sara diri tahunan, masing-masing  RM1 juta dibelanjakan untuk bantuan perubatan dan bantuan bencana alam.
Katanya, manakala RM500,000 dikhaskan untuk pesakit terlantar yang memerlukan susu khas dan lampin pakai buang.

“Jumlah perbelanjaan dijangka meningkat pada setiap tahun kerana mereka yang ditimpa musibah dan menghidap penyakit kronik tidak pernah berkurangan.

"Sehingga hari ini, hampir 3,000 penduduk telah menerima manfaat hasil sumbangan  tabung itu”katanya.
Dr Ahmad Samsuri (Tengah) menerima replika cek sumbangan daripada Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd,Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (Kiri) sambil diperhatikan oleh  A.Rahman ( kanan) dan YB. Hanafiah (Kanan)

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Makan Malam Amal Tabung Darul Iman, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Haji Hanafiah Mat

Pada majlis itu, pelbagai GLC tampil menghulurkan sumbangan, antaranya Terengganu Incorpprated, Lembaga Tabung Amanah Warisan dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd.
Keseluruhan sumbangan yang berjaya dikutip sebanyak RM1 juta.

Ahmad Samsuri berkata sehingga Ogos lalu, sebanyak RM10,411 sebulan berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai, khasnya penjawat awam.

“Jumlah itu masih tidak mencukupi kerana Tabung Darul Iman sangat memerlukan sumber kewangan bagi membantu lebih ramai mereka yang kurang bernasib baik.

“Oleh itu,saya mengajak orang ramai, khususnya GLC, penjawat awam dan mereka yang berkemampuan bersama-sama menghulurkan sumbangan sama ada melalui talian atau secara terus,”katanya.
                                         


Tag: