• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Hampir 5000 Pengunjung Meriahkan MKTS



Oleh : Hailmey Mansor

Kuala Nerus, 30 September - Hampir 5000 pengunjung memeriahkan Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) di Padang Bola Taman Perumahan Telaga Daing,Seberang Takir dari 26 hingga 28 September lalu.

Pengarah program MKTS, Hamidi Jusoh menyifatkan program ini berjaya kerana menarik ramai pengunjung menyertai pelbagai acara yang diatur oleh pihak penganjur.

"Saya berpuas hati kerana program ini berjaya dan ia merupakan julung-julung kali diadakan dan berjaya menarik hampir 5000 pengunjung.

"Walaupun ada perkataan 'mini' tetapi saya dapat rasakan ia sebagai 'mega' kerana berjaya menarik ribuan orang untuk hadir," kata Hamidi ketika ditemui pemberita selepas program itu berakhir Sabtu lalu.

Program sepanjang tiga hari itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.


Pelbagai agensi kerajaan yang terlibat termasuk Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Polis Diraja Malaysia (PDRM),Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain.

Sementara itu Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, program ini berjaya mengeratkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat dan agensi kerajaan.

"Program ini berjaya kerana ia dapat merapatkan hubungan agensi kerajaan dengan orang awam.

"Orang ramai boleh beramah mesra dan boleh tahu apa agensi kerajaan tawarkan khidmat kepada mereka,"ujar Fazil Wahab.


Tag: