• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Hanafiah Rai Lebih 10,000 Pengunjung Aidilfitri

KEMAMAN, 22 Mei - Seramai lebih 10,000 orang warga Terengganu terutamanya di daerah ini telah diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, semalam.

Pengerusinya, Hanafiah Mat melahirkan rasa keterujaannya serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

"Terima kasih kepada semua pihak samada daripada seluruh agensi kerajaan, mahupun masyarakat terutamanya yang tinggal di daerah ini kerana sentiasa memberikan sokongan yang baik kepada setiap program yang kami anjurkan.

"Sepanjang 5 tahun memerintah, kami telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Saya berharap seluruh masyarakat akan sentiasa memberikan sokongan kepada kami untuk terus menerajui pemerintahan di negeri ini," ujarnya ketika ditemui pemberita.

Hanafiah juga turut mengharapkan agar seluruh masyarakat di negeri ini mendoakan kebaikan buat seluruh pimpinan pentadbiran kerajaan negeri. 

"Semoga ukhwah sesama kita akan terus terjalin erat, Insya-Allah," katanya lagi.

Majlis yang diadakan di Kemaman Arena Square itu berlangsung dalam suasana sangat meriah dimana orang ramai mula memenuhi pekarangan bermula jam 11.00 pagi sehinggalah jam 3.00 petang.

Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja.