• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Hanafiah Rai Warga Media

KUALA TERENGGANU, 28 Oktober - Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri telah mengadakan majlis ramah mesra dan makan tengah hari bersama warga media yang berlangsung di Restoran Matahari, kelmarin.

Pengerusinya, Hanafiah Mat berkata, ianya diadakan bagi meraikan dan menghargai jasa-jasa mereka dalam melaksanakan tugasan membuat liputan isu semasa, aktiviti dan sebagainya berkaitan kerajaan negeri. 

"Saya mengharapkan majlis sebegini akan sentiasa dapat diadakan bagi merapatkan ukhuwah di antara satu sama lain. Dalam masa yang sama kita semua dapat bekerjasama dalam apa jua perkara yang boleh memberi manfaat untuk kerajaan dan juga masyarakat di negeri ini," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai majlis tersebut.

Lebih 50 orang warga media telah hadir dalam majlis ringkas yang diadakan itu. Antara yang hadir ialah pihak media daripada TV3, Utusan, Bernama, Al-Hijrah, RTM, Berita Harian, Harakah, Buletin Online, UPDI, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu, Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dan Kumpulan Aktivis Media Inspirasi (KAMI).

Turut diraikan dalam majlis tersebut, kakitangan daripada Tabung Darul Iman (TDI) dan Urusetia Wanita Terengganu (UsWA).
 


Tag: