• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Hanya Besut Masih Terjejas Banjir

KUALA TERENGGANU, 27 Disember – Hanya daerah Besut sahaja yang masih terjejas banjir apabila 138 mangsa masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata jumlah mangsa tersebut terdiri daripada 41 keluarga.

“Sebanyak dua PPS yang masih diaktifkan bagi menempatkan mangsa tersebut dalam daerah berkenaan.

“Manakala daerah Kemaman, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah pulih sepenuhnya,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Jelasnya lagi, dua PPS yang masih dibuka iaitu di Masjid Kampung La dan Balairaya Kampung Pantai.

“Masing-masing menempatkan sebanyak 126 dan 12 mangsa daripada 38 dan tiga keluarga.

“Secara keseluruhan hujan telah berhenti dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu kini mendung,” katanya

 


Tag: