• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Harga Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Lebih Murah-KJ

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Kerajaan memberi jaminan harga kit ujian kendiri Covid-19 yang sedia ada akan diturunkan dalam masa terdekat supaya mampu dimiliki oleh semua golongan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kata beliau, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berbincang untuk menurunkan harga tersebut.

"Namun kita ambil kira masa peralihan untuk pembekal  jual bekalan sedia ada. 

"Kali terakhir terakhir kita turun harga kit, mereka tidak cukup masa untuk jual stok sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90, manakala harga borong ditetapkan RM16.

Penetapan harga maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 itu berdasarkan jangkaan berlakunya peningkatan permintaan susulan kesedaran orang ramai dalam membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas daripada wabak COVID-19.

Ujian pengesanan kendiri COVID-19 kini menjadi satu norma baharu yang perlu diadaptasi dalam kehidupan seharian masyarakat.