• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 28 Ogos- Keputusan kerajaan untuk menjual rumah di Rimbunan Kaseh disini secara sewa beli kepada penghuninya perlu dihargai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Alias Harun berkata, mereka seharusnya bersuyukur di atas usaha kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka untuk hidup selesa.

"Berusahalah bersungguh-sunguh untuk memastikan agar sewa beli yang hanya sebanyak RM180 dapat dilunaskan dan tidak tertunggak," katanya kepada pemberita selepas menziarah rumah penduduk di Rimbunan Kaseh, Kampung Rantau Abang, baru-baru ini.

Pada lawatan itu, sebanyak lima buah rumah telah dikunjungi beliau yang mana ada penghuninya yang ditimpa kemalangan dan keuzuran.

Sementara itu, Alias turut menasihatkan ahli keluarga penduduk yang diziarahinya agar manfaatkan tanah yang berada di keliling rumah mereka.

“ Tanah yang ada bolek digunakan sebaiknya dengan bercucuk tanam untuk menambah pendapatan.

"Jangan sia-siakan peluang yang disediakan kerajaan Terengganu untuk memastikan rakyat memiliki rumah sendiri," katanya lagi.


Tag: