• 25 Okt 2021 | 18 Rabiul Awal 1443

Hargai Komitmen Guru Tuisyen Rakyat, PIBG Sekolah

MARANG, 27 Februari - "Terima kasih di atas curahan ilmu dan komitmen yang para guru berikan untuk menjayakan Tuisyen Rakyat termasuk kerjasama yang diberikan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam kita menempuhi norma baharu ini.

Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata guru dan PIBG juga telah banyak membantu dalam penglibatan program kelas tambahan sebagai satu inisiatif kerajaan negeri bagi membantu anak-anak menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

"Program ini telah digerakkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di semua peringkat Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) dengan mensasarkan calon SPM 2020.

Beliau berkata ketika hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Tuisyen Rakyat dan Sumbangan PIBG Sekolah-Sekolah di Dewan Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang baru-baru ini.

Seramai lima orang guru dan sembilan PIBG dari seluruh Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang telah menerima sijil penghargaan dan sumbangan.

Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Muhammad Nawawi Rani, Pengerusi PIBKS Daerah Marang, Muhammad Ropaat Khamid, dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Hasan Awang.

Menurutnya lagi, tahun 2020 merupakan tahun ujian, di mana telah merubah kehidupan kepada norma baharu dan memberikan kesan kepada sektor pendidikan negara terutama anak pelajar yang terlibat dalam peperiksaan penting.

"Negeri Terengganu antara negeri yang mendahului dan mendapat keputusan yang terbaik secara keseluruhan di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun berturut-turut serta sebelum-sebelumnya.

"Mengambil kesempatan ini, saya mewakili Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

"Komitmen dan keperihatinan semua pihak untuk anak-anak pelajar kita pasti mendapat ganjaran pahal berpanjangan," tambahnya lagi.

 


Tag: