• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Hari Tanpa Hujan Dijangka Bermula Minggu Depan

KUALA TERENGGANU, 11 Mei - Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei 2023 dan akan berterusan sehingga bulan September.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, semasa Monsun Barat Daya berlaku, lazimnya angin akan bertiup secara konsisten dari arah barat daya.

Katanya, dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

“Sehubungan itu, akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.

“Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan," katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Tambah Helmi Abdullah, Keadaan ini menyebabkan taburan hujan yang lebih rendah.

"Sepanjang dalam tempoh Monsun Barat Daya itu, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September," ujarnya.

Beliau juga menasihatkan agar pembakaran terbuka harus dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar di negeri ini.

Di samping itu, orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh itu.

 

 


Tag: