• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Hasrat Lahirkan Wanita Berilmu



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 14 Mei- Kerajaan negeri berhasrat menjadikan wanita negeri ini golongan yang mempunyai ilmu yang tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, menerusi  Dasar Wanita Terengganu antaranya akan memberi pendidikan kepada wanita khususnya ilmu yang mencangkupi dunia dan akhirat.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa pelbagai program dari semasa ke semasa untuk tujuan tersebut.

"Ihya Ramadan:Munajat Cinta, Wanita Lamaran Ar-Rayyan" adalah  program yang ke arah itu, dimana sepanjang bulan Ramadan ini, bermula di Kemaman, hari ini di Dungun, nanti di Marang dan seterusnya hingga ke Besut, " ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program 'Ihya Ramadan, Munajat Cinta, Wanita Lamaran Ar-Rayyan' di Masjid Lama Kampung Sura, semalam.

Turut hadir, Pegawai Khas Wanita, Menteri Besar Terengganu, Khairiah Mokti.

Menurut beliau, jelajah ke seluruh daerah dengan pengisian solat tasbih dan kuliah dhuha itu dikendalikan oleh Prof. Dr Wan Maseri Wan Mohd.




Tag: