lightning-solid
Berita :
Hazman Enggan Salahkan Pengadil, Akur Gol TFC Dibatal
Hazman Enggan Salahkan Pengadil, Akur Gol TFC Dibatal
Ahmad Zaeem Zainudin
20 jam yang lepas
13

KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tengku Hazman Raja Hassan memilih untuk tidak menyalahkan pengadil meskipun gol kemenangan pasukannya dibatalkan pada minit-minit akhir perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, baru-baru ini.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan membawa peluang sama rata menjelang aksi timbal balik pada 13 Februari ini.

IMG_20260208_164428_783.JPG 3.73 MB
Mengulas keputusan pengadil yang membatalkan jaringan TFC sejurus masa tambahan bermula, Hazman mengakui situasi itu mengecewakan, namun memilih untuk bersikap profesional.

"Sudah tentu. Kalau kira, ini untuk kali kedua. Sebelum ni kita bermain lawan Selangor, benda ni terjadi lagi. Apa-apa pun saya serahkan kepada pengadil.

"Kalau bagi saya masih lagi 'soft' (tackle) lah tapi saya tiada komen," ujarnya ringkas kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai keputusan pengadil.

IMG-20260206-WA0197.jpg 435 KB
Menurut beliau, fokus pasukan kini adalah memperbaiki kelemahan sendiri, khususnya aspek konsentrasi yang dilihat menjadi punca KL City berjaya menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan.

"Kalau kira, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kesungguhan usaha yang ditunjukkan dari pemain-pemain saya. Sedikit kelalaian, kurang konsentrasi, jadi kita buat kesilapan pada saat akhir. Itu saya rasa benda (kesilapan) itu menghukum kita," jelasnya.

Walaupun berdepan tekanan hebat daripada lawan yang disifatkan mempunyai kualiti individu tinggi, Hazman memuji keupayaan pemainnya menyerap tekanan sepanjang perlawanan.

"Alhamdulillah, setakat ini kita dapat menyerap tekanan tu dengan kualiti yang kita ada, dengan pemain yang kita ada. Jadi, alhamdulilah kita tak kalah pada malam ini," tambahnya.

Beliau menegaskan pasukannya akan memberi tumpuan penuh kepada persiapan menjelang perlawanan timbal balik yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Artikel Berkaitan