• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Hospital Pengajar UniSZA Mula Dibuka Julai

KUALA NERUS, 27 Mei - Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) dijangka bakal memulakan operasinya pada Julai depan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr Fadzli Adam berkata, hospital itu akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh bermula Julai ini sehingga beroperasi sepenuhnya.

Katanya, HPUniSZA mempunyai kekuatan sendiri dan mempunyai kepakaran dalam rawatan jantung, kardiologi, ortopedik, oftalmologi (mata) dan psikiatri bagi pesakit dewasa serta kanak-kanak.

“Pada peringkat, kita bermula dengan menerima pesakit luar sebelum menjalankan pengoperasian penuh kemasukan ke wad.

“Manakala bilik bedah pula dijangka beroperasi pada penghujung tahun ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Berbasikal Institut Jantung Negara (IJN) Ride For Your Heart 2023 yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bertempat di Hospital Pengajar UniSZA, di sini hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi dan Pengarah HPUniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif.

Tambah Fadzli Adam, HPUniSZA juga memiliki sembilan klinik pakar dan 10 wad yang mampu menempatkan 100 pesakit dalam satu masa.

Manakala katanya, klinik pakar pula boleh menerima rawatan di antara 30 hingga 50 pesakit sehari.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menambah jumlah katil kepada 200 buah dan 12 bilik pembedahan selain melantik 10 orang doktor pakar di hospital berkenaan.

 

 

 


Tag: