• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Hotel Milik Kerajaan Catat Keuntungan Selepas 12 Tahun

KUALA TRENGGANU, 26 April – Hotel Permai tahun ini berhasil mencatat keuntungan selepas 12 tahun melalui tempoh kerugian.

Perkara demikian diumumkan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Hishamuddin Abdul Karim dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Hotel Permai semalam.

“Kesyukuran kepada Allah yang telah membuka jalan dan memudahkan urusan syarikat dalam meraih keuntungan yang agak baik setelah melalui tempoh suram tanpa keuntungan sejak 12 tahun lalu.

“Hasil ini daripada Kerjasama dan semangat yang diterjemahkan oleh semua kakitangan di semua peringkat terutama inisiatif dari Terengganu Incorporated yang membimbing Hotel Permai bersaing,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh berkata bahawa antara cabaran yang perlu dilalui pengurusan Hotel Permai adalah memiliki aset bangunan yang berusia. 

“Usia bangunan yang makin meningkat memerlukan kos penyelenggaran yang agak besar bagi proses baikpulih hotel ini.

“Walaubagaimanapun, kita akan terus komited menambahbaik fasiliti serta servis bagi mencapai tahap yang paling memuaskan kepada para pelanggan,” katanya lagi. 

Hishamuddin turut merakamkan penghargaan buat semua pihak serta individu yang memilih Hotel Permai sebagai tempat penginapan dan pihaknya akan terus berusaha mengekalkan kecemerlangan yang dicapai.


Tag: