• 03 Ogos 2021 | 24 Zulhijah 1442

Hotel Primula Bantu Golongan Asnaf

MARANG, 19 Februari - Seramai 72 orang asnaf dan penduduk kurang berkemampuan di  Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang  menerima bungkusan makanan daripada Hotel Primula..

Pengurus Operasi F&B Primula Beach Hotel, Muhammad Amdam Nordin, berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Kita membuka ruang kepada ramai pihak, sama ada Badan Bukan Kerajaan (NGO), individu persendirian, dan penyumbang untuk menyumbang kepada kami untuk diagihkan melalui bentuk pek makanan seperti ini.

“Program ini juga diadakan setiap kali menerima hasil sumbangan orang ramai kepada kami, bagi menjaga kebajikan masyarakat memerlukan." katanya

Katanya ketika hadir menyerahkan sumbangan bungkusan makanan kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang untuk diagihkan, baru-baru ini.

Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, bantuan ini telah diagihkan kepada penduduk sekitar kawasan ini melalui JPKK sekitar.

“Kami sentiasa mengalu-alukan pihak yang ingin memberikan sumbangan atau khidmat kepada asnaf atau mereka yang memerlukan.

"Lebih-lebih lagi, dalam keadaan kita menempuhi kesukaran berdepan dengan pandemik covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tambahnya lagi.

 


Tag: