• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Hotel Primula Bantu Penjaja Jalanan, Ikhlaskan Hati ‘Memberi’ Walau Sedikit

KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Primula Beach Hotel terus komited  menyantuni 25 penjaja jalanan di sekitar daerah ini menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata pihaknya terpanggil untuk tampil memberikan sumbangan seumpama makanan dan kuih raya agar penerima dapat menikmati kehidupan seperti orang lain.

"Jika kita daripada golongan yang kurang terjejas, masih ada makanan dan minuman diatas meja untuk disuap, masih ada menanti gaji tetap setiap bulan, inilah masalah untuk kita membantu golongan yang terkesan ini.

"Tidak salah untuk ikhlaskan hati ‘memberi’ kepada mereka walaupun sedikit. Semoga dengan cara ini dapat memberi kebahagiaan, harapan dan keazaman buat mereka untuk terus berniaga, mencari rezeki halal dan meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan di hadapan Maybank Kuala Terengganu, hari ini.

Tambah Suaibah lagi, pihak hotel memperuntukan lebih RM3,000 ringgit bagi menyediakan makanan untuk berbuka puasa serta kuih raya untuk program CSR kali ini.

"Kami berharap program seperti ini dapat mendidik dan menjadi penggerak kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan buat golongan di luar sana yang amat memerlukan bantuan," ujarnya.