• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 19 Mei - Pengurusan Tertinggi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan pelawat masuk ke wad hospital berkenaan.

HSNZ dalam satu kenyataan berkata, ia susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di negeri ini dengan kes mencecah tiga angka dalam beberapa hari berturut-turut.

"Namun, kebenaran masuk hanya diberikan kepada penjaga yang telah mendapat kebenaran bertulis daripada wad.

"Arahan ini terpakai kepada semua tanpa mengira siapa anda.

"HSNZ memohon maaf di atas keputusan yang terpaksa diambil, namun ia demi menjaga kesihatan awam dan demi membendung penularan wabak COVID-19," jelas kenyataan itu

Jelasnya, diharapkan agar arahan tersebut dapat dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.

Pada masa kini, Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kini menempatkan 13 kes COVID-19 dengan tujuh daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.