• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Hujan Berterusan Tahap 'Waspada' Mula Esok

KUALA TERENGGANU, 6 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan negeri Terengganu.

Katanya, ia berkuatkuasa bermula esok iaitu 7 hingga 9 Disember dan dijangka berlangsung selama tiga hari.

“Kawasan amaran di Terengganu membabitkan seluruh tempat dalam negeri ini,” ujarnya.

Menurut kenyataan MetMalaysia semalam, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Mengulas lanjut, amaran hujan berterusan tahap waspada ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

 


Tag: