lightning-solid
Berita :
Hujan Lebat Dijangka Landa Terengganu Esok
Hujan Lebat Dijangka Landa Terengganu Esok
Husaif Mamat
15 Dec 20
2623

KUALA TERENGGANU, 15 Disember - Hujan lebat diramal berlaku di beberapa kawasan di Malaysia termasuk Terengganu mulai esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca waspada itu dijangka berlarutan sehingga Jumaat ini.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada negeri Kelantan dan Sabah.

Hujan lebat yang diramal di Sabah dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula Jumaat sehingga Sabtu
 


Tag :

Artikel Berkaitan