• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Hukuman Lebih Berat Perlu Kepada Penghina Nabi


MARANG,  1 Mac - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mahukan hukuman terhadap penghina Nabi Muhammad SAW lebih keras bukan setaraf denda peminum arak.  

Menurut beliau, hukuman itu tidak terbatal dengan sebab pelaku itu telah bertaubat.  

"Ini menunjukkan betapa jahatnya penghina Nabi SAW dan kami orang Islam menjadi nyawa,  diri dan harta benda kami sebagai galang ganti untuk berdepan dengan mereka, " katanya ketika berucap di Majlis Himpunan Aman bagi Membantah Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW di perkarangan Masjid Rhu Muda di sini hari ini.


Turut hadir memberi ucapan,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) , Haji Yahaya Ali,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan,  Ustaz Sulaiman Sulong dan  Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang,  Ustaz Yusof Abdul Hadi.  


Himpunan tersebut berjalan serentak di masjid-masjid seluruh Terengganu dan Malaysia amnya untuk menyatakan kesatuan dalam membela agama Islam.

Tag: