• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Hulu Terengganu Dilanda Banjir, Dua PPS Dibuka

HULU TERENGGANU, 14 Disember - Belum beberapa jam banjir di beberapa daerah di negeri ini surut sepenuhnya kini gelombangnya kembali melanda daerah Hulu Terengganu.

Menurut, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu berkata 
sehingga kini dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini susulan banjir di beberapa tempat  akibat hujan lebat sejak semalam.

"Di PPS Balairaya Kampung Kemat terdapat 14 mangsa yang terdiri daripada dua keluarga yang dibuka pada jam 4 petang.

"Manakala, di PPS Balairaya Kampung Tapah melibatkan 36 mangsa dari tiga keluarga," katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telahpun mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di beberapa daerah di Terengganu termasuk Pahang dan Johor bermula hari ini.