• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Husain Awang Dipilih Sebagai Senator Wakili Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 September - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini bersetuju memilih semula Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri berkenaan.

Pelantikan itu juga memperbaharui perkhidmatan beliau yang tamat tempoh pada 16 Julai lalu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan pelantikan beliau apabila Speaker DUN, Dato' Yahaya Ali mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara selepas terdapat kekosongan jawatan berkenaan.

"Semoga dengan penyertaan beliau sebagai mewakili negeri Terengganu dalam Dewan Negara akan dapat memberikan suatu sumbangan kepada agama, negara dan negeri," ujar Samsuri pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14, di sini, hari ini.

Husain sebelum ini pernah dilantik dengan jawatan berkenaan pada 2018 hingga Julai 2021.

Anak jati Daerah Besut dan bapa kepada 10 orang anak itu mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang politik di mana beliau merupakan seorang Ahli Majlis Syura Ulama  PAS dan juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau berkelulusan Ijazah Pertama dari Univerisiti Islam Madinah, berpengalaman menjadi pensyarah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Islam Klang, Selangor.

 


Tag: