• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

i-MiTS Ajil Bantu Remaja Bina Potensi Diri


Oleh : Khairudddin Yusoff

HULU TERENGGANU, 19 Ogos – Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) melalui Kelab Kebajikan i- Mits Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil berusaha membantu remaja memupuk potensi dalaman yang cemerlang melalui penganjuran Kem Adam dan Hawa (KEMAH) yang dianjurkan, baru-baru ini.

Pengarah Program, Ahmad Faizuddin Ismail  berkata, program tersebut merupakan aktiviti tahunan bertujuan mengisi masa lapang cuti sekolah  supaya remaja tidak terpengaruh dengan perkara tidak sihat selaras mengasah bakat terpendam dalam diri melalui kaedah pentarbiyyahan dan modul yang dilaksanakan.

“Alhamdulillah kem(KEMAH) hari ini merupakan kali keempat yang  mensasarkan remaja berumur 13- 16 tahun bagi mendidik mereka dalam membina karakter berkepimpinan, beriman, dan berintegriti.

“Apa yang penting, kita mahu pupuk budaya islami sejak mereka di peringkat usia muda kerana generasi ini yang akan menjadi pewaris kepada perjuangan Islam pada masa akan datang,” katanya ketika program berkenaan di Ajil, baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu turut membawakan pelatih berpengalaman dari Qudwah Legacy Training Consultant (QLTC) bagi mengurus keseluruhan pengisian perjalanan program selain turut mendapat kerjasama QLTC, Kelab Waris Jati Diri (WAJA) dan Amerrah DUN Ajil


Tag: