• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

I-Bantuan Inisiatif Terengganu Ringan Beban Rakyat

KUALA TERENGGANU, 11 November - Inisiatif Kerajaan PAS Terengganu memberi i-bantuan kepada golongan yang berhak menerima dapat meringankan sedikit beban rakyat.

Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Haji Amzad Hashim berkata, keperihatinan kerajaan PAS memberi bantuan itu sangat membantu rakyat.

"Sepertimana yang disebut oleh kepimpinan kita di peringkat Terengganu dan PN kita secara berterusan menterjemahkan tindakan kita dari segi konsep prihatin iaitu apa-apa ruang yang boleh kita bantu rakyat kita cuba bantu.

"Hari ini sekali lagi salah satu program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS dan PN memberi sumbangan kepada belia, orang kurang upaya, dan warga emas seperti mana yang dapat dilihat pada hari ini," jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyantuni penerima I-bantuan peringkat DUN Batu Buruk di Dewan Kondo Rakyat, Tok Adis, Kuala Ibai, pada semalam.

Justeru itu, katanya, beliau hadir sebagai menyatakan syukur dan mewakili rakyat Terengganu dan juga di atas keperihatainan yang telah ditunjukkan oleh kerajaan negeri. 

"Saya dapat jumpa semua sangat gembira," tambah beliau lagi.


Tag: