• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Ibarat Keluarga Dalam Hadapi Masalah Air

KUALA NERUS, 17 Ogos - Gangguan bekalan air yang berlaku di sesetengah daerah di Terengganu diibaratkan seperti kesusahan sesama keluarga ekoran bantuan tidak putus-putus daripada pelbagai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata walaupun ia tidak berlaku di DUN Ladang tetapi pihaknya berasakan menjadi tanggungjawab bersama membantu yang terjejas.

"Untuk itu, kita telah membawa bersama 2,000 botol air mineral, 5.5 meter dan kita akan hantar lagi sehingga 6,000 botol dan untuk petugas-petugas yang bekerja sampai malam, jadi saya menyumbang sebanyak 10,000 untuk kegunaan penyediaan makanan kepada mereka dan urusan-urusan berkaitan," katanya. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui di Batu Rakit di sini semalam. 

Dalam pada itu, Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail mengalu-alukan sumbangan tersebut dan sumbangan tersebut akan segera diagihkan kepada penduduk yang berhadapan dengan masalah tersebut. 

"Sememang kita merasakan kebersamaan pelbagai pihak didalam berhadapan dengan gangguan bekalan air," ujarnya.


Tag: