• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Ibu Bapa Anak Istimewa Diseru Manfaatkan Kemudahan Kerajaan

Ibu bapa anak istimewa diseru manfaatkan kemudahan kerajaan.

KUALA TERENGGANU, 4 November - Ibu bapa yang mempunyai anak  berkeperluan khas diseru untuk menggunakan ruang dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Terengganu.

 
 
Isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, ianya bertujuan untuk meningkatkan taraf kesejahteraan anak-anak istimewa mereka.
 
Antaranya program pemulihan dalam komuniti (PDK) merupakan 'one-stop centre' yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kemudahan infrastruktur dan program pemulihan untuk kanak-kanak atau orang kurang upaya.
 
“PKD juga berperanan sebagai tempat intervensi awal OKU, merupakan sumber maklumat OKU, pusat rujukan dan advokasi program-program berkaitan.
 

“Di Terengganu sahaja terdapat sebanyak 47 buah PDK yang beroperasi bagi membantu seramai 1,146 orang klien di pusat PDK dan 405 orang klien di rumah,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis perasmian Program Ilmu Keluarga @ LPPKN “Anak istimewa Satu Anugerah sempena program TePat (Terengganu Parenting Tour 2018) di Dewan Teater ,Wisma Darul Iman, hari ini.
 
Justeru itu, Hajah Zarani yang juga Setiausaha Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') mengucapkan terima kasih kepada LPPKN Negeri Terengganu kerana menjemput beliau merasmikan program pada hari ini.
 

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah LPPKN Negeri Terengganu, Muhamad Noh Abdullah.

 


Tag: