lightning-solid
Berita :
IGMRR 2025 Cipta Tanda Aras Baharu
IGMRR 2025 Cipta Tanda Aras Baharu
Mohd Irsyadi Abu Bakar
10 jam yang lepas
148

KUALA TERENGGANU, 20 Disember - International Golden Monsoon Ride and Run (IGMRR) 2025 6ang berlangsung hari ini mengukir tanda aras tersendiri apabila menerima penyertaan seramai 4,200 peserta.

Program anjuran Syarikat Air Terengganu (SATU) itu turut menerima 70 peserta dari Singapura dan Thailand.

Buat julung kali diadakan secara festival selama tiga hari bermula Khamis, IGMRR kali ini menampilkan pelbagai kategori perlumbaan yang menarik ramai penggemar sukan larian dan berbasikal 'berkampung' di tengah bandaraya Kuala Terengganu.

IMG-20251220-WA0031.jpg 71.08 KB
Antara yang mencuri perhatian ialah acara Duathlon yang melibatkan lebih 600 peserta dengan sajian cabaran berlari sejauh lima kilometer (km) dan berbasikal sejauh 10 km.

IGMRR 2025 telah memberi wajah baru kepada penganjuran Terengganu Inc Challenge Series (TICS).

Sebagaimana pemakluman Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dato' Burhanuddin Hilmi Mohammed dalam ucapannya hari ini, IGMRR akan diteruskan pada tahun hadapan dengan kombinasi tiga anak syarikat iaitu Permai Hotel, Primula Beach Hotel dan GPQ Sdn Bhd.


Tag :

Artikel Berkaitan