• 14 Okt 2024 | 11 Rabiul Akhir 1446

Ihya' Ramadan: Kerajaan Salur RM986,800 Untuk Masjid, Surau

KUALA TERENGGANU, 17 Mac – Kerajaan negeri mengagihkan peruntukan sebanyak RM986,800 kepada masjid dan surau terpilih di seluruh Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi majlis berbuka puasa sempena Ramadan. 

Penyerahan tersebut disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mohktar dalam Majlis Perasmian Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Dewan Besar Wisma Darul Iman hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, penganjuran programogram Ihya’ Ramadan merupakan salah satu komitmen kerajaan bagi melahirkan rakyat yang bertakwa selaras dengan syariat kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan.

“Kita berharap program yang disusun dapat memupuk penghayatan bulan Ramadan yang mengandungi banyak ganjaran serta kebaikan. 

“Pihak kerajaan optimis dengan penganjuran ini mampu melonjakkan samangat dalam mengejar kemuliaan bulan penuh keberkatan ini,” tambahnya dalam ucapan perasmian hari ini. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja; Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin serta barisan EXCO kerajaan negeri.

 


Tag: