• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Iman Care Jalin Hubungan Antarabangsa Dengan UBJP



Foto : Saifullah Mustaffa

KUALA NERUS – Badan bukan kerajaan, Iman Care menjalinkan hubungan antarabangsa dengan United Bangsomoro Justice Party (UBJP) dalam melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

Ketua Delegasi rombongan Iman Care, Dr Suhazeli Abdullah berkata, selain daripada melaksanakan amanah korban, Iman Care turut membuat khidmat komuniti rawatan kesihatan kepada penduduk di Basilan.

“Objektif kita yang pertama sekali adalah ibadah korban dan akikah serta dalam masa yang sama kita akan buat khidmat komuniti.

“Kita akan bagi al- Quran dan juga barang-barangan yang melibatkan sekolah  tahfiz,” katanya.


 
Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas Meraikan delegasi Kemanusian program korban di Mindanao anjuran warga cakna dan Iman Care di Nr Café Tok Jembal, di sini, kelmarin (19 Ogos).

Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengimbas nostalgia beliau ketika menyertai misi korban ke luar negara pada tahun-tahun sebelumnya.

Namun beliau tidak dapat lagi untuk bersama-sama mana-mana misi korban kerana perkhidmatan sebagai pemimpin dan juga Exco Kerajaan Negeri.


“Dulu selepas je raya Aidilfitri hari-hari kepala mikir pasal lembu (lembu korban) sebab nak capai sasaran untuk membolehkan perbelanjaan perjalanan dapat diatasi,

“hari-hari hantar whatApss pasal lembu… kalau pergi pejabat saya duduk dalam kereta saya takkan keluar kereta masuk pejabat sehinggalah saya dapat tempahan korban seekor lembu,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr Suhazeli yang juga Pakar Kesihatan Keluarga berkata, UBJP adalah salah satu daripada parti yang bergabung membentuk kerajaan sementara Mindanao.

“Kali terakhir menaburkan khidmat di Marawi berhampiran dengan Basilan ialah kira-kira tujuh tahun yang lalu,”katanya.



Tag: